Pesan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar
melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia
adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah
zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikawini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka carilah yang
kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia
shalat lima waktu,puasa sebulan Ramadhan memelihara kehormatan serta
taatpada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
(Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5)
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk
suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,
tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang
wanita dari rumah suaminya, tidak diterima shalatnya, sehingga ia
kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat
dari Hassan).
7) Wanita yang taatpada suami, semua
burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan
bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya
dan diredainya (serta menjaga shalat dan puasanya).
8) Dari
Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri
di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya
kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api
neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam
urusan agama,maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari
suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia
maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai
suaminya dan menghadapnya.
10) Ya Fatimah, jika seorang wanita
meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan
mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi
Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah
taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan
dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku
dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan
amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah
pada malamnya.
12) Apabila wanita mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan
baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu
kejahatan.
13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang
sabil).
14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar